Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

The Man of Great Modesty

                Dalam kesibukan kerja yang semakin menjadi-jadi, saya ambil kesempatan ini untuk berkongsi pembacaan saya dengan niat utama agar keluarga dan sahabat handai turut dapat mengetahui kisah ini J                Suatu masa dahulu, sewaktu masih di universiti, seorang sahabat yang jauh diperantauan (Hanna are you there???)    pernah bertanya kepada saya, “Sahabat Rasulallah s.a.w yang mana awak paling suka?”. Suatu soalan yang sukar untuk dijawab kerana latar belakang pendidikan saya hanyalah pendidikan “biasa”, mendapat pendidikan agama secara informal dari ibu ayah di rumah dan sekadar menghadiri sekolah agama, itupun waktu sekolah rendah! Soalan yang mencabar minda. Namun, tetap dijawab agar sahabat tidak menanti, dengan pantas “Saidina Abu Bakar” dijawab. Kenapa saya memilih Saidina Abu Bakar?  Kerana beliau adalah satu-satunya sahabat yang paling banyak kisahnya   yang saya dengari, beliau merupakan pendamping Rasulallah di awal kedatangan Islam dan be