Pagi tadi pergi ke JJ dan terlihat Kad Hari Raya sudah mula dijual. Hmm..Syawal sebulan lebih lagi, Ramadhan 11 hari lagi...mana yang patut di dahulukan nii?? Untuk persiapan Ramadhan, di sini saya ingin kongsikan sedikit bahan bacaan untuk kita bersama. Semoga bermanfaat. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya =) Taken from: http://ismamesir.wordpress.com/2008/08/17/tazkirah-persediaan-menghadapi-ramadhan Bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramdhan kali ini. Cara Persediaan : Iman 1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat). 2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan. 3. Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17). 4. Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya). 5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). 6. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat me